Selasa, 13 Julai 2010
{ 12:31 PTG on 'BUSANA MELAYU! bahagian kedua ;D' }
Nama Baju Melayu dirujuk kepada baju lelaki dan Baju Kurung pula untuk baju perempuan.
Terdapat beberapa jenis baju tradisional untuk perempuan iaitu:
- Baju Kurung Teluk Belanga Baju kurung Teluk Belanga lebih dikenali sebagai baju kurung atau baju kurung Johor. Baju ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita. Semenjak baju ini dipakai oleh kebangsaan orang Melayu Johor, pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu.
- Baju Kurung Cekak Musang Cekak musang diperkenalkan pada tahun 1930-an. Kolarnya setinggi 3.5cm, dua biji butang di kolar dan tiga butang sederet dibawah. Bajunya labuh sehingga ke lutut, berpesak & berkekek dan sering dipadankan dengan sehelai sarung.
- Baju Kurung Riau-Pahang Baju Riau Pahang juga dipakai oleh keluarga diraja Terengganu pada masa dahulu.
- Baju Kurung Kedah Baju kurung Kedah dipercayai berasal dari selatan Thailand di mana wanitanya kini memakai baju berleher potongan bujur sireh. Baju kurung Kedah selalunya diperbuat daripada kain kapas yang berbunga kecil ataupun kain nipis yang jarang dan keras. Baju ini dipadankan dengan kain batik sarung atau pelikat yang diikat ke depan dengan motif kepalanya di hadapan.
- Baju Kurung Moden Baju kurung moden mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan baju kurung tradisional. Baju kurung moden digubah supaya kelihatan kemas dan menarik. Ia tidak gelobor seperti baju kurung tradisional. Ini kerana baju kurung moden mempunyai jahitan kekek dan pesak pada bahagian sisi baju. Namun, ciri-ciri utama masih dipelihara. Sebagai contoh, pakaian ini masih berlengan panjang dan masih digunakan dengan kain sarung.
- Baju Belah Baju belah mempunyai dua versi, iaitu baju belah labuh dan baju belah pendek. Kedua-duanya dipakai dengan kain sarung. Baju belah labuh dipakai oleh orang besar negeri dan orang berada kerana ia memerlukan kain yang banyak untuk membuatnya. Baju ini juga dipakai dengan kerongsang yang berharga. Kain sarung yang dipakai ialah kain batik Jawa, kain tenun Pahang atau kain pelekat dari India. Berlainan pula dengan baju belah pendek, lazim dipakai oleh orang biasa. Reka bentuk baju belah pendek lebih menjimatkan kain dan pakaian ini juga sesuai dipakai ketika menjalankan tugas-tugas harian.
- Baju Kebaya Terdapat dua versi baju kebaya iaitu baju kebaya labuh dan baju kebaya pendek. Baju kebaya labuh dikecilkan sedikit untuk mengikut bentuk badan pemakai. Kain sarung diikat secara ikatan kuncup iaitu kepala kainnya dilingkup ke bahagian hadapan. Ia dipakai dengan kancing berbunga atau kerongsang yang berasingan atau yang berantai. Baju kebaya pendek pula telah diubah suai untuk kelihatan lebih menarik dengan mengadakan sulaman berbiku di bahagian hujung lengan, dan di tepi bahagian belahan serta di bucu baju.
Walaupun beberapa wanita Melayu lebih suka pakaian moden, jika sesiapa membuka lemari pakaian seorang wanita Melayu, mereka pasti akan menjumpai sekurang-kurangnya satu Baju Kurung. Baju Kurung ini selalunya amat anggun dan membuat wanita itu kelihatan cantik dan manis.
Dan ini adalah jenis-jenis pakaian tradisional lelaki:
- Baju Melayu Teluk Belanga (Mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar) - Baju Melayu Cekak Musang (Mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19)
Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman.
Baju Melayu lelaki biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan samping dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera.
|

Nur Afifah dan Tasha Zaheer
Sekolah Menengah St. Margaret's
Blog ini mengandungi maklumat tentang beberapa seni budaya melayu.
Kami lebih dari bahagia untuk mengetahui pendapat-pendapat anda tentang kandungan
blog kami ini. Kami juga ingin berbincang tentang entri-entri blog ini.
|
PERTANDINGAN BLOGGING 2010
DASHENI & NATASHA
ASYIQIN
NADIA
SHAFEEQAH & SARAFENA
JAFNI & DAASHAYANI
JEI.DY
|
|
Perbincangan tentang entri-entri.
|
Jun 2010
Julai 2010
|